Monday, 7 August 2017

Nasihat Kehidupan

Hai...Anak Adam luangkanlah waktu untuk beribadah kepadaKu, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan.(HR.Tirmidzi)

Apabila engkau berada pada petang hari, janganlah menunggu waktu pagi. Apabila engkau berada diwaktu pagi, janganlah menunggu waktu petang. Ambillah masa sihatmu sebelum sakitmu dan hidupmu sebelum datang kematianmu.(HR.Bukhari)

Tuesday, 7 February 2017

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG

1. DIBERIKAN KESEDIHAN
-Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut nama-Nya.

2. DIBERIKAN KESAKITAN
-Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari Nya.

3. DIBERIKAN KEHILANGAN
-Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Nya.

4. DIBERIKAN KESUSAHAN
-Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

5. DIBERIKAN PENDERITAAN
-Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Nya.

6. DIBERIKAN KEMISKINAN
-Kerana Allah mahu kita meminta kepada Nya.

7. DIBERIKAN KEHINAAN
-Kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dari Nya.

OLEH ITU...JANGAN TERLALU BANYAK KETAWA. KERANA ALLAH AKAN JAUH DARI KITA.

@UsrahTarbiahJiwa


Tuesday, 2 August 2016

Solat Berjamaah

Solat berjamaah adalah lebih baik dari solat bersendirian dengan 27 darjat.
Dari Ubay bin Ka’b ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan shalat subuh, selesai shalat beliau bertanya: “Apakah ada yang melihat fulan?” para sahabat terdiam, lalu mereka menjawab, “Ya.” Dan sahabat tersebut tidak hadir. Kemudian beliau bersabda: “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya’ dan subuh, seandainya mereka mengetahui keutamaan yang ada dalam dua solat tersebut, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Saf (barisan) pertama adalah seperti safnya para Malaikat, seandainya kalian mengetahui keutamaannya niscaya kalian akan bersegera menyongsongnya. Sungguh, solatnya seseorang bersama dua orang adalah lebih baik ketimbang dengan satu orang, dan solatnya seseorang dengan seorang adalah lebih baik dari ia solat sendirian, semakin banyak jumlahnya akan lebih dicintai oleh Allah Tabaraka Wa Ta’ala.” (HR Ahmad,)

Banyakkan beristighfar

Banyakkan beristighfar

Amalan beristighfar iaitu menyesali kesalahan yang lalu dan meminta ampun kepada Allah adalah sangat sangat digalakkan. Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Sunday, 31 July 2016

ERTI HIDUP

💐💐
"Kemanisan akhirat itu, mustahil diraih oleh, mereka yang suka terkenal, di mata manusia. Jadi, hendaklah kamu memadamkan namamu, dan hendaklah kamu, memperbaiki makananmu."

   🌸
Imam Bisyr Al-Hafi 
🌸

Monday, 25 July 2016

Wajib Mensyukuri Empat Nikmat Kurniaan Allah


Berkata dari Ibrahim bin Adham.
Setiap pagi seorang muslim wajib mensyukuri empat nikmat kurniaan Allah kepadanya:
1) Bersyukur kerana Allah menyinari hatinya dengan nur hidayah, menjadikannya seorang mukmin dan tidak menjadikannya sesat. 😊
2) Bersyukur kerana Allah menjadikannya daripada umat Nabi Muhammad saw 😍
3) Bersyukur kerana Allah tidak menjadikan rezekinya di tangan orang lain ( tetapi dalam genggaman Allah sendiri, maka tiada siapa dapat menahan rezeki daripadanya jika Allah tidak mengizinnya. ) 😃
4) Bersyukur kerana Allah menutup keaiban dirinya ( daripada diketahui oleh orang lain.) ☺️

5 Kesalahan Ibubapa Punca Anak Menjadi Kurang Ajar dan Tak Dengar Cakap Point No 4 Ramai Buat Tanpa Sedar



“Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!”
Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.

Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.
Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.
Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.
.
.
Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.
Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.
Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.
.
.
“Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun”
Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.
.
“Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?”
Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.
.
.
“Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?”
Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.
.
“Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”
.
“Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”
.
“Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!”
Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.
.
.
“Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita”
Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.
Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
.
.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
.
.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.”
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
.
.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
.
.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
.
Sy kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.
Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita.



sumber: http://www.ohsempapa.com/
Copyright to AYUNI COLLECTIONS
Designed by UMIESUEstudio 2015